Manfaat Pekerja pada tahun 2022: Trend untuk Tenaga Kerja yang Fleksibel

Tenaga kerja yang fleksibel ini mengacu pada pekerja yang dapat bekerja dengan jadual yang lebih fleksibel,

Article by:
Kiren Velu Pillai

Apa itu manfaat pekerja?

Manfaat pekerja adalah ganjaran selain gaji yang diberikan daripada syarikat kepada pekerjanya. Ini bertujuan untuk meningkatkan mutu pekerja dalam organisasi dan menarik bakat-bakat terbaik di dalam industri profesional. Manfaat pekerja adalah salah satu keutamaan dan tidak dapat dinafikan bahawa ianya sangat penting dalam menyusun strategi pengurusan yang efektif untuk sesebuah organisasi.


Mengapa manfaat pekerja penting?

Memberi manfaat kepada pekerja menunjukkan bahawa organisasi mengambil kira kebajikan dan kesejahteraan pekerja dalam jangka masa panjang. Pekerja juga tertarik dengan manfaat kerana mereka memberikan banyak pilihan pampasan bermanfaat seperti waktu kerja yang fleksibel, program-program kesihatan, insuran dan program perubatan.

Apabila manfaat pekerja dilaksanakan dengan telus, syarikat dapat memperoleh kelebihan daya saing dengan menarik dan merekrut pekerja yang berkualiti dan berbakat, meningkatkan semangat pekerja sedia ada, dan mengurangkan kadar perolehan yang membawa kepada prestasi kerja yang lebih baik.

Data penyelidikan mendapati, hampir 7 dari 10 pencari kerja di Malaysia mengatakan bahawa ‘gaji dan manfaat pekerja' yang menarik adalah kepentingan utama bagi mereka ketika mencari majikan yang ideal.

"52% rakyat Malaysia secara aktif mencari jawatan baru kerana gaji dan faedah yang tidak memuaskan"

Menurut Hays Malaysia, lebih 5 daripada 10 pekerja ingin bertukar pekerjaan kerana tidak berpuas hati dengan pakej gaji atau manfaat mereka. Oleh itu, penilaian ini memberi data penting bahawa majikan seharusnya perlu menyediakan pakej manfaat yang menarik untuk mengekalkan pekerja yang berbakat di dalam organisasi mereka.


Sejauh mana tahap penglibatan pekerja di Malaysia?

Manfaat pekerja memberi sumbangan besar kepada penglibatan pekerja dengan memberikan insentif dan manfaat yang disasarkan untuk meningkatkan jaminan kebajikan pekerja di sesebuah syarikat. Tinjauan Qualtrics baru-baru ini, menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai penglibatan pekerja kedua terendah di rantau Asia Tenggara (SEA), dengan peratusan sebanyak 54% pada tahun 2020, yang mengalami penurunan berbanding 59% pada tahun 2016. Hasil ini menunjukkan bahawa syarikat Malaysia kehilangan produktiviti dan keuntungan secara menyeluruh.

Penglibatan Pekerja Nilaikan

Menurut kajian Gallup, peningkatan penglibatan pekerja boleh menyebabkan merangsang produktiviti pekerja sebanyak 21% dan lonjakan keuntungan sebanyak 22%, yang bermaksud majikan tidak hanya haruskan memberikan gaji yang kompetitif tetapi juga menawarkan manfaat strategik untuk memastikan pekerja anda kekal produktif dan memberi penglibatan yang positif terhadap syarikat.Apabila majikan mengambil penting keperluan pekerja mereka dan memberikan perkhidmatan yang diinginkan untuk melengkapkan kebajikan para kakitangan, ianya akan memperkukuh dan memperkuat sikap positif pekerja dan menerapkan berdedikasi terhadap pekerjaan mereka.

Apakah 5 manfaat penting yang ditawarkan syarikat pada tahun 2022?

Terdapat banyak cara untuk menarik perhatian pekerja di Malaysia. Tetapi ada manfaat pekerja yang paling disukai pada masa kini yang ditawarkan oleh organisasi yang ideal. Berikut adalah senarai lima jenis manfaat pekerja yang paling disukai pekerja dan pencari kerja di Malaysia:


1. Perlindungan Insurans / Perubatan

Tidak asing lagi bahawa jenis manfaat kesihatan yang menarik dan inovatif semakin luas diperkenalkan. Selain itu, dengan kenaikan kos penjagaan kesihatan, tidak hairanlah bahawa insuran atau manfaat kesihatan menjadi rebutan di kalangan pekerja di Malaysia.

Melalui penggunaan perisian Healthmetrics, syarikat akan dapat mengurangkan tugas beban kerja manual sumber manusia untuk menyusun setiap manfaat individu dan rancangan penjagaan kesihatan. HealthMetrics akan membekalkan data dan sumber yang berkesan untuk memantau kesejahteraan dan kebajikan setiap pekerja.

Sekiranya organisasi anda mencari penyelesaian digital yang lengkap, mulakan dengan pelan Essential Healthmetrics secara PERCUMA. Ia membolehkan organisasi memulakan analisis data manfaat pekerja dan juga akses kepada rawatan tanpa tunai melalui portal HealthMetrics.

2. Menawarkan Waktu Kerja yang Fleksibel dan Bekerja Dari Rumah

Dalam tinjauan yang dilakukan oleh KPMG, pekerja memilih untuk bebas menentukan waktu kerja mereka sendiri di mana jua mereka berada dan bagaimana mereka ingin menjalankan kerja harian mereka. Bilangan responden yang sama juga memilih fleksibiliti sebagai asas kerja mereka kerana mereka percaya ianya dapat meningkatkan produktiviti dan dedikasi terhadap kerja.


3. Jaminan Kompensasi Hidup

Seperti manfaat kesihatan dan perubatan, jaminan nyawa memberikan jaring keselamatan kewangan untuk pekerja dan keluarga mereka. Pekerja akan lebih positif dengan manfaat ini kerana orang yang mereka sayangi dilindungi syarikat majikan jikalau ada perkara yang tidak diingini berlaku ke atas pekerja tersebut.


4. Program kesihatan dan kesejahteraan

Menurut Harvard Business Review, hampir 8 dari 10 pekerja mengambil bahagian dalam program kesihatan dan kesejahteraan yang dianjur majikan dan mereka cenderung untuk komited bersama majikan mereka. Tambahan pula, kerana kesejahteraan hidup adalah trend semasa di kalangan pekerja, ia selalu dilihat sebagai kelebihan utama apabila syarikat menawarkan program-program kesihatan dan kesejahteraan kepada pekerja mereka.

5. Meningkatkan Sokongan Kesihatan Mental

Kesihatan mental penting bagi memastikan kejayaan terjamin sama ada di tempat kerja dan di luar pejabat. Oleh itu, ia mesti mengambil tempat sebagai tonggak strategi keseluruhan manfaat pekerja untuk setiap syarikat.


Kesimpulannya

Kesimpulannya, untuk mengekalkan dan mendorong pertumbuhan positif pada setiap pekerja, majikan harus proaktif dalam menyediakan pakej gaji dan manfaat yang menarik. Ini akhirnya akan membawa kepada penglibatan pekerja yang bermakna dan akhirnya perniagaan akan mendapat keuntungan melalui peningkatan produktif pekerja yang berkualiti.



Revolutionise your workforce with our platform, designed to create greatness.

Got questions?

We can help with any questions about the HealthMetrics.

Contact us
We got you covered

What is the HealthMetrics platform?

We have created a single, unified platform that enables organizations to enhance employee wellbeing and productivity, regardless of their growth stage. The platform grants access to essential features that improve workplace wellness and optimize healthcare.

Take a closer look at our HealthMetrics Dashboard, or speak to one of our representatives to learn more about HealthMetrics.

Any proof that it works?

48 hours saved in benefit reimbursement.
HealthMetrics’ data-driven approach has been able to accelerate the processing of employee's health benefits significantly.

Read study >


85% reduction in administrative task
Companies can reduce up to 85% of time spent on HR administrative task and this frees up time for HR on more important tasks.

Read study >

May I know about the pricing plans?

Our pricing plans vary in terms of the features and services that are included, so you can select the one that offers the right mix of benefits for your specific requirements. Whether you are a small business owner, a freelancer, or a larger organisation, we have a pricing plan that is tailored to your needs.

You can view the details of each pricing plan on our website, and our customer support team is always available to answer any questions you may have and help you choose the right one for you.

How is the customer support?

We understand that when you are using a platform, you may encounter issues or have questions, and we want to be there to help you resolve them as quickly as possible. That's why we have a team of highly trained and experienced support professionals who are available to assist you anytime.

Reach out to our 24/7 customer support through multiple channels:

Email: corp-support@healthmetrics.com
Hotline: +603-7661 6229
Helpcentre and FAQ: HealthMetrics Help Center