Berdasarkan soal selidik daripada “
Willis Towers Watson Benefit Trends Survey”, kebanyakan organisasi masih bergelut bagi mengekalkan prestasi pekerja terbaik mereka seperti yang dipetik; enam dari sepuluh majikan dari seluruh dunia menghadapi masalah ini kerana tidak berupaya untuk membezakan serta menyesuaikan faedah yang ditawarkan kepada pekerja.
"War for talent" merupakan istilah yang digunakan dalam perniagaan bagi menunjukkan kekurangan kemahiran yang dialami syarikat. Hal ini disebabkan persaingan bagi bakat terbaik semakin mencabar berbanding sebelum ini. Kini, syarikat menhadapi cabaran bagi mengekalkan pekerja terbaik kerana kurangnya pekerja berkemahiran dan peningkatan dalam jangkaan para pekerja dalam alam pekerjaan.
Di samping itu, berdasarkan laporan WTW Global, menunjukkkan beberapa organisasi telah mengatur strategi bagi menyelesaikan permasalahan ini, namun ia akan di adaptasi dalam masa dua tahun akan datang.
Hal ini akan mengakibatkan tekanan kewangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, disebabkan oleh hubungan linear antara manfaat yang diperolehi oleh pekerja dan pengekalan pekerja dengan syarikat; apabila manfaat yang diperolehi tidak memuaskan, akhirnya ini akan menyebabkan produktiviti akan merosot dan kekerapan penggantian pekerja syarikat semakin meningkat.
Menurut
IBM Institute for Business Value, 47% pekerja menyatakan bahawa manfaat yang diperolehi bersifat generik dan selalunya tidak sejajar dengan keperluan dan kehendak pekerja.
Pastinya syarikat ingin memastikan tenaga kerja terbaik mereka kekal berkhidmat dalam syarikat. Oleh itu, majikan perlu menawarkan manfaat yang boleh diubah suai mengikut keperluan perkerja. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan kajian
Metlife Employee Benefits Trend Study, menunjukkan sebanyak 72% pekerja menyatakan bahawa kesetiaan mereka untuk bekerja dangan majikan semasa meningkat seandainya mereka boleh mengubah suai manfaat mereka mengikut keperluan mereka.